Saturday 24 November 2012

LA PRAISE Forever Young!

 
 
 
VITALIFT SERUM
BOTANICAL STEM CELL
 
La Praise vitalift serum ni memang menjadi sangat pada saya..sangat sesuai dengan kulit saya..terdapat ramuan utama dalam penghasilan vitalift serum ni yang memberi kesan positif pada kulit si pemakai.
 
Sel stem epal  
Memelihara ketahanan sel stem kulit dan melewatkan kemerosotan sel penting.
Memerangi kronologi penuaan disanmping mengekalkan keremajaan dan kesihatan kulit.
 
Sel stem daun Alp Rose
Menggalakkan dan menguatkan ketahanan sel stem kulit.
Memberi perlindungan yang lebih baik untuk kulit khasnya terhadap iklim.
 
 
Ekstrak daun camellia sinensis
Epigallocatechin gallete (EGCG) dalam ekstrak daun Pu-erh bertindak sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas.
Disamping itu, dapt mengurangkan serangan radikal bebas terhadap kulit  yang merupakan faktor luaran penuaan kulit.
 
 
 
Terdapat banyak kkebaikan menggunakan serum ni... LA PRAISE  merupakan dimensi baru untuk menegang dan menganjalkan kulit muka.
Memang x rugi beli produk ni sebab keberkesanan yang dapat membuat kulit anda terasa ANJAL..TEGANG..LEMBUT..
Ini kerana..kadang sel kulit ni jadi kering...thu je la kan cuaca sekarang ni x menentu..bila asyik kering..kurang penjagaan..sel kulit jd kurang aktif...akan nampak kulit kita akan jadi x bermaya sedih kan :(
TAPI..dengan LA PRAISE VITALIFT SERUM nie..dpat membantu mengaktifkan balik sel2 kulit yang tak aktif DIMANA.. dapat mengembalikan keseimbangan lembapan kulit dan keseimbangan pH. Kulit pun secara x langsung akan jadi lembut..dan licin..gebu pun.. :)) happy dengar kan..
Serius x cakap sembarangan ok..sebab  saya dah try produk nie..dan TERBUKTI KEBERKESANAN!
 
 
HARGA AHLI : RM 90.00
HARGA BUKAN AHLI  : RM108.00
 
 
 
BERMINAT?? HUBUNGI SAYA YE...
kalo ber emel pun ok..nak ber "whatsapp pun ok
 
dijmput view blog orengurlcorner.blogspot.com..tapi saya x update pasal la praise lagi..hihiihi

Thursday 22 November 2012

BERUBAH LAGI..HMMMM


SAKIT TANGAN MENJELMA KEMBALI DI KALA HUJAN LEBAT


Adoi sakit bertandang kembali..bila hujan lebat apatah lagi..berurat kembali tapi camera x berapa nampak..SEMALAP perasaan tuannya juga agaknya malam nie...

sakit blakang pun nak juga datang sekali..apa daa... huhuhu...dapatkah aku bertahan kalau setiap hari macam nie? without KORSET PREMIUM BEAUTIFUL mesti sakit bertandang..Tiba2 teringat tengahari tadi katalog COSWAY sampai terbaca BIO GLUCOSAMIN mmg sesuai untuk sakit sendi..ntah produk baru or lama baru perasan...



Gambar diambil dari laman web COSWAY...Belum cuba lagi nie..baru terfikir nak cuba..mana tau kurang sket kesengalan dan kelenguhan kat tgn kanan nie..



Kredit kepada syirawahab27.blogspot.com untuk ayat ni..mohon untuk share ye..

Tanpa ujian yang diberi kita takkan belajar untuk menjadi lebih kuat..cuma sebagai insan biasa kadang terdeti rasa sayu..tapi bila sedar kembali..ini la yang harus di terima oleh setiap hmba Allah selagi hidup di muka bumi .

Bak kate sebilangan ustaz " Bertuahlah seseorang yang sentiasa diduga selepas habisnya setiap dugaan..kerana golongan itu di pandang Allah..dan KASIHANILAH seseorang itu sekiranya tidak menrima sebarang dugaan dalam kehidupannya..Wallahualam.



#Ambil dari ayat Kim Kardashian #  suka quote ni sebab kita go with the flow lebih memudahkan dan lebih relaks..tapi bukan brmaksud tiada usaha langsung ye...in certain part sahaja..macam apa yang saya rasa skarang..dan ayat di atas sesuai untuk menaikkan lagi rasa lebih mengharigai alam nyata dari alam yang fantasi...huhahuha....taip pun ntah apa2..


Walau apa- apa pun demi kita sekeluarga.. akan cuba positif kan diri..untuk lebih ceria..kesihatan yang lebih baik supaya dapat menjadi seorang isteri yang lebih baik dari sebelum..menjadi seorang ibu yang lebih sabar dengan sleep timing yang setiap hari 3.30pagi..buat ibu pening dan lesu..tapi personality darwisy yg sentiasa ceria dan riang..keletah  buat hilang segala penat..kadang2 ye..hahaha

k la..sampai sini dulu..esok biz mode pulak ye...ni entry luahan haha!! nite..Assalamualaikum.



Wednesday 31 October 2012

" I LOVE PREMIUM BEAUTIFUL CONTEST"

PENGENALAN MENGENAI DIRI SAYA

Nama saya Alia Aisya Binti Saidi,berasal daripada Kuala Terengganu. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Abid Darwisy yang bakal mencelah usia setahun enam bulan (1 tahun 6 bulan).Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Isma kerana tidak membuat pengecualian kepada agen Premium Beautiful untuk bersama menyertai pertandingan ini. Ketika pertama kali terpandang ayat contest di blog kak isma..tiba-tiba terdetik dalam hati "nak  masuk la! '' Walaupun belum tengok lagi syarat penyertaan. Ini semua bukanlah gara-gara hadiah yang ditawarkan amat bernilai tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman  memakai korset dan betapa perjalanan ke arah pengenalan dengan "team fabulousity" yang seakan di rancang.Secara logiknya "contest'' ini juga boleh dikira sebagai penghargaan buat si pemakai korset Premiuum Beautiful yang mempunyai pengalaman berharga ketika memakai.
 

SAAT BERTEMUNYA   " KORSET PREMIUM BEAUTIFUL"

    Pada tanggal 30/12/2011 masih segar di ingatan saya di awal pertemuan saya dengan "team fabulousity", kak Noor Hazawani,Auntie Zawiyah, Dangmerduwang serta Jiha Srikandi. Perancangan awal kami suami isteri hanya ingin menyinggah butik Ungu Collection membeli sehelai dua blouse.Sebenarnya kami agak terkejut butik kepunyaan kak Zaidah itu buka pada hari Jumaat kerana kebanyakan kedai ditutup pada hari itu. Pada ketika itu saya fikir rezeki saya untuk membeli kerana tempat letak kereta pun depan mata sahaja. Tidak pernah terlintas di hati yang saya akan bertemu dengan team yg hebat. Sedang saya memilih pakaian yang berkenan sambil bertanya pendapat suami, datang seorang gadis muda memperkenalkan diri dengan nama Jiha sambil bertanya sama ada saya pernah dengar PREMIUM BEAUTIFUL CORSET. Perkataan Premium Beautiful macam pernah saya dengar lalu saya meminta Jiha menerangkan lebih lanjut kerana saya hanya pernah dengar tapi masih samar-samar.Bagi saya,mereka ini perlu di beri peluang untuk menerangkan apa produk yang ingin di promosikan. Seterusnya Jiha menerangkan kebaikan korset,kelebihan, dan kepentingan memakai korset kepada kaum wanita dalam menjaga kesihatan serta mengelak dari berlaku penyakit yang tak diingini. Apabila selesai penerangan,datang seorang demi seorang memperkenalkan diri, Auntie Zai,Kak wani dan Dang.Setiap seorang memeberi penerangan yang berbeza,huraian penyakit yang berbeza, boleh dikatkan pelagai penyakit dapat dikesan sekiranya pemakaian korset yang betul dan berterusan selama 8 jam. Kebetulan pada masa itu saya memang tertekan dengan penyakit sarar dan saraf tunjang yang dah membengkok. Minat dan keinginan mula bercambah malangnya saya tidak dapat membuat keputusann drastik kerana sudah menjadi tradisi kami suami isteri segala hal harus di bincang bersama dengan tenang di rumah. Alhamdulillah mereka memberi ruang untuk saya dan suami pulang berbincang dan berfikir terlebih dahulu. Sebelum pulang,saya disarankan oleh Auntie Zai untuk mengisi borang ahli terlebih dahulu untuk memudahkan saya membeli dengan harga ahli apabila sampai masanya nanti. Tanpa berfikir panjang saya mengeluarkan wang RM50 mengisi borang ahli. Tak dapat saya nafikan saya pulang sambil tersenyum membayangkan saya memakai korset Premium Beautiful.hmmmm...


PERBINCANGAN DI RUMAH "PENUH BEREMOSI" (DARI MANA DAPAT KORSET)


Suami saya seorang yang workholic dan saya harus pandai mencari waktu yang sesuai untuk mengajak berbincang soal korset yang mencecah 2k itu. Ini kerana sekiranya masa tidak kena dia tidak akan fokus apa yang sedang kita bincangkan walaupun ketika itu dia seakan mendengar. Saya tidak pernh menyalahan suami kerana kadang kala hari cuti pun die bekerja sekiranya kerja masih berbaki. katanya kerja tidak harus bersandarkan gaji semata-mata,tanggungjawab yang diberi harus dipandang berat juga. Seminggu sudah berlalu, suami saya kelihatan tenang sambil minum milo ais yang di buat sendiri ( kata die "abg buat lebih kaw!") konon. Saya ke dapur, buat air milo kosong ais, terus duduk di sebelah. Suami seakan faham apa yang ingin saya bualkan. dia hanya senyum sinis sambil mengangkat kening, seakan menunggu apa yang bakal saya bualkan. Saya pun dengan pasrah.."yelah..yelah..nak cakap pasal korset la" suami hanya menjawan "agak dah". Apabila saya menyuarakan keinginan untuk membeli korset,suami hanya diam seketika. Saya hanya menunggu dengan sabar dan bimbang. Tiba- tiba suami bertanya "nak pakai untuk saraf ke,nak berbisnes?". Dalam hati saya "alamak soalan serampang dua mata la pulak" dengan pantas saya jawab "nak pakai untuk kesihatan la, tapi kalo betul- betul berkesan, saya nak join bisnes,boleh bang?" tanya saya. "Dengan nada rendah tapi tegas suami menjawab "abang setuju kalo awak nak beli untuk masalah saraf awak tu,pasal bisnes tu kita tengok lepas pakai dan kalau tak mengganggu kesihatan, sebab abang x mahu dengar sakit situ,sakit sini,tangan awak tu bukan boleh buat kerja berat sangat,okey? saya terus jawab okey,asal dapat beli dan pakai korset saya mengiyakan je apa yang dipinta suami. Kalau sebelum kawen saya selalu pakssa diri buat kerja berat dan bila sakit mula datang ,berkurung  dalam bilik mengerang kesakitan. Sekarang saya kena fikir panjang untuk suami anak dan family. bila sakit tak dapat nak pegang anak,nak menyusu pun jadi payah.


PROSES MENDAPATKAN KORSET ( BILA START PAKAI)

Suatu hari Dang datang rumah dengan Jiha untuk "present"pasal produk iaitu korset Premium Beautiful kelebihan serta kepentingan memakai.  Saya tahu walau suami hanya duduk di tingkat atas saya pasti sedikit sebanyak dia mendengar penerangan yang di buat oleh Dang. Selesai soal produk, Dang beralih soal bisnes. Siapa tidak berminat dengan bisnes yang boleh mengubah kehidupan kita, cuma pada masa itu saya harus memikirkan pelbagai segi. Sebagai suri rumah sepenuh masa, saya tidak mempunyai latar belakang bekerja dan itu menyukarkan saya membuat pinjaman untuk memulakan bisnes korset. Saya tidak pernah kesal dengan takdir saya kerana saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Setelah habis praktikal saya didapati mengalami pendarahan di otak sebelah kiri, dan secara tidak sedar tlah mempengaruhi pergerakan tangan kanan saya, dimana doktor pakar telah mengesahkan pendarahan yang saya alami telah menyebabkan ÿoung stroke"atau strok ringan pada tangan kanan saya. Oleh kerana itu saya disarankan untuk menangguhkan pelajaran untuk 2 kertas terakhir ijazah di UNITAR. Perasaan saya ketika itu teramat sedih tetapi akhirnya saya redha dan pasrah. Setelah 2 tahun berulang ke bahgian neuro dan 10 botol darah telah diambil.darah saya pula mengalami masalah dimana sample darah ada masalah ( kata kakak ab tu..darah saya macam matrix x?) entah la.alien blood gurau kakak tu. Masa saya hanya terisi berulang alik untuk ke hospital sehingga terlepas masa untuk interview.sehingga la saya berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata yang sangat memahami apabila ibunya sakit.(setiap kali ibunya sakit dan tak dapat bergerak,diciumnya pipi sambil panggil "ibu.." sungguh sayu) Walaupun begitu saya masih memasang niat untuk berbisnes secra kecil-kecilan dahulu.

Setelah saya menyuarakan hasrat untuk memberi korset secara ansuran, Dang berusaha mencari rakan yang dapat menolong saya membeli secara ansuran iaitu melalui Munirah Mohd Ali.Pada waktu itu saya sangat bersyukur sangat-sangat kerana Allah mempermudahkan saya untuk mendapatkan korset Premium Beautiful itu. Apabila mengimbas kembali cara saya ingin mendapatkan korset, buat saya menangis lagi kerana saya amat berterima kasih pada Muni kerana Allah mempertemukan saya dengan Muni untuk memberi kemudahan saya untuk mendapatkan korset yang mana saya rasa tak akan dapat membeli secara ansuran tanpa pertolongan Muni.Saya ingin pakai untuk sihat demi diri, anak, suami dan keluarga tetapi dalam satu masa yang sama saya tak ingin membebankan suami untuk membeli secara tunai hanya kerana diri saya dan bagi saya itu mementingkan diri sendiri kerana saya tahu suami saya bekrja kuat hingga lewat malam untuk kami dan untuk menyelesaikan  masalah hutang yang harus diberi keutamaan terlebih dahulu. Ye, sehingga sekarang saya boleh katakan saya masih rasa segan dengan suami berkaitan duit. Dia tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai suami,seorang ayah malah seorang anak kepada keluarga dan juga keluarga mertua. Oleh sebab demikian saya sentiasa rasa hormat serta segan dengan suami saya. Tambahan lagi ketika ayah suami memimjam kereta dan terpaksa mengharungi banjir,enjin nya telah rosak teruk. Tanpa sepatah ayat suami saya telah menukar enjin baru dan terpaksa berhabis ribuan ringgit. Walaupun ketika itu kami terpaksa berjimat untuk hidup.Disebabkan hal itu saya sentiasa prihatin soal duit dan bila timbul soal korset , saya harus berbincang soal keampuan suami terlebih dahulu. Ternyata suami memandang niat saya untuk sihat lebih penting dan suami bersetuju untuk membeli secara ansuran.Alhamdulillah..bersyukur sangat, sempat lagi suami berpesan segala-gala yang dibuat hanya untuk melihat saya sihat dan pastinya dia mahu melihat perubahan positif selepas membeli korset Premium Beautiful. Saya sememangnya yakin korset Premium Beautiful ini dapat membantu mengurangkan kesakitan yg lama saya alami. Bukan kerana harganya yang mhal..bukan kerana penjlasan semata-mata, tetapi sebelum itu saya telah meneliti sebaik mungkin blog agent Premium Beautiful yang mngalami penyait seakan sama dengan saya.  Thanks Dangmerduwangi kerana berusaha mncari installment untuk saya dan thanks to Muni also sebab kerana anda bagi installment saya dapat merasai perubahan pada diri saya setelah memakai korset. Besar pahala kamu di situ, insyaAllah.

Selepas itu, pada tanggal 09/01/2012 korset saya sampai ke rumah walau banyak halangan untuk arang itu sampai ke rumah. Perasaan saya ketika itu sebak,terharu dengan kizinan suami untuk mengizinkan saya membeli korset ini dan gembira kerana dipertemukan dengan korset yg memang direka khas untuk kesihatan ini. Dari situ bermula la SATU KEHIDUPAN BARU DENGAN PEMAKAIAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL :))




MACAM MANA PB  BOLEH UBAH SAYA?

Bercakap soal perubahan korset PrEmium Beautiful telah banyak memberi perubahan sejak hari pertama memakai korset.

HARI PERTAMA

Rasa kemas dan kurang selesa bukan bermaksud tak selesa dari segi pemakaian cuma dari segi melekat kat badan je.rase macam di balut sesuatu

HARI KEDUA

Hari ke 2 saya pakai korset pb..saraf saya yg mmg problem sejak dulu..rase lenguh sket..mybe penangan korset ni kot...tindak balas far infra red (FIR) mungkin. Rasa terkejut bile nak kancing korset rase longgar sket dari sebelumnya.Macam x percaya pun ade..takkan la dalam masa 2 hari blh ade perubahan begitu ketara.yang paling ketara saraf2 yang sakit still rase lenguh..badan2 da naik merah-merah..Bak kate kak wani...merah tu tanda toksin dari badan kite..haaa..byk nye...lagi laa semangat nak pakai nak tgk tanda merah tu lagi..rase gatal2 jangan cakap laa..tapi untuk sihat ku tahan jua...

HARI KETIGA

Alhamdulillah..keselesaan memakai pb bertambah..semakin selesa..semakin semangat..semakin rase kemas ketika memakai...credit to Dang Merdu Wangi ..Jiha Srikandi...kakwani..auntie Zai.. sakit saraf da kurang..sakit kepala plak menyerang..pening...harapan tindak balas tu dapat mengurangkan sakit migrain saya yg kuat.kite hy berusaha dan ikhtiar....rase kurang selesa pd awalnya ..da hilang..rase sgt selesa.....
 
HARI KEEMPAT

Masih rase pening..migrain dan saraf serang sesekali..

HARI KELIMA

Rasa plik sangat bila makan cepat sangat kenyangnya..badan rasa kemas..postur terletak je..susu makin banyak, alhamdulillah..

HARI KEENAM

Rasa gatal pada badan da kurang..rasa nak minum banyak air masak sebab rase berpeluh dan boleh rasa air dalam badan da kurang.sakit saraf pun dah kurang, alhamdulillah..


HARI KETUJUH

Saya dah semakin selesa dengan pemakaian korset. Rase yakin je pakai korset ni.rasa gatal tinggal kesan hitam.tapi saya panik sekejap je sebab gatal bersebab..so jadi hitam pun bersebab..bru saya tahu..hitam tu punca kandungan gula dalam badan tinggi..so saya kena jaga taha gula...jangan salah kan korset kerana korset ibarat scanner..apa yang terjadi pasti ade sebab dan punca..setiap kesan pasti ada jawapan..

HARI KELAPAN

Susu bertambah dalam masa yang singkat..far infra red betul-betul menarik susu menjadi semakin banyak..saya hepii sangat..Darwisy pun hepi isap susu dengan senyum je..Alhamdulillah..

HARI KESEMBILAN

Postur badan makin ok dan sakit belakang ketara kurangnya..kalau x pkai rasa lain sangat..lagi-lagi kalau nak makan lagi kena pakai..bakar lemak lagi cepat.

P/s : saya hanya sempat catit testimonial hanya sampai hari yang kesembilan kerana selepas itu saya memang sibuk dengan kesihatan anak yang tak menentu..

Apa yang boleh saya katakan sekarang saya lebih sihat..lebih terjaga..lebih bertenaga...back pain dah kurang dangat tapi kalau tak pakai akan rasa kelainan yang ketara.Suami sangat berpuas hati dengan perubahan saya dan ada satu hari dia pernah berkata "tak boleh ke pakai 2 hari terus?" saya tanya  "kenapa?" "awak nampak sihat je bila pakai korset,merah je muka..pucat dah tak ada " saya pun jawab "sebab korset ni baiki peredaran darah kita" puas hati saya bila tengok suami tersenyum sambil memahami perasaan saya yang tiba-tiba jadi sebak.

KORSET PREMIUM BEAUTIFUL BANYAK MERUBAH KEHIDUPAN SAYA DARI TAK LARAT NAK ANGKAT BENDA BERAT..SEKARANG DAH BOLEH ANGKAT..DARI SELALU MIGRAIN MACAM NAK PECAH..SEKARANG DA KURANG BANYAK BILA PAKAI WAIST NIPPER..PEMBUANGAN ANGIN MELALUI SENDAWA JUGA BANYAK MEMBANTU. KORSET INI MERUBAH KEHIDUPAN SAYA KEPADA KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT..TOKSIN BERLEBIHAN KINI SUDAH TIADA..


3 ALASAN UTAMA SAYA SUKA DAN SAYANG KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

a) sangat berbeza dengan produk korset kerana korset pb merupakan korset regangan 360. anda boleh bergerak..melentok..dan baring tanpa sakit di bahagian pinggang..tetulang dari kuku kaki ktam amat flexibel..nak solat pun x menyakitkan langsung..

b) dapat kemaskan badan dan menyembunyikan lemak tertentu sebelum far infra fred memecahkan lemak sedikit demi sedikit.Dengan pemakaian yang betul..lemak dapat ditak ke bahagian yang sepatutnya bg meleraikan lemak terkumpul. Dalam pada dapat badan yang sihat.kita dapat bentuk badan yang menarik! bonus la kiranya

c) dapat membentuk postur badan yang betul disamping merawat kesakitan di belakang badan. Selain dari dapat merawat pelbgai penyakit, korset ini sangat istimewa kerana dapat meberi bentuk badan yang diidamkan. Bagi sang suami, waist nipper dapat digunakan untuk  slip disc atau back pain ataupun untuk mengatasi masalah perut buncit.

WALAPUN MAHAL..KORSET PB AKAN DI BAIK PULIH SECARA PERCUMA SEKIRANYA BERLAKU KEROSAKAN PADA KORSET YANG DIPAKAI. SAYA KIRA ITU SEBAGAI  BONUS KEPADA SI PEMBELI YANG TIDAK DAPAT PADA KORSET LAIN.

 
                                                              Sebelum pakai korset berat 58kg
                                               (ms mengandung 75kg, lps bersalin jadi 68 kg..lama jgk maintain..turun sket 60 sbb bf..THEN 58 time jumpa kak wani tp lps tu naik badan balik cam gamba lama tu  68kg :(( sangat sedih ) 

 
 
 

                                     selepas pakai korset 48 kg dan maintain 48kg sampai skrg

 p/s : mesti anda tertanya-tanya kenapa saya letak gamba kad pengenalan kan? sebabnya adalah..ni kad pengenalan baru saya dan berwajah baru..lebih segar..fresh..

berbanding kad pengenalan dulu :(


                                                    time ni berat 68 kg  :(

BAYANAN LPS MENGANDUNG TEMBAM MCM NI BALIK..TAPI LPS PAKAI PB TERUS KURUS MCM KAD PENGENALAN DI ATAS.YANG PALING PENTING..PAKAI KONSISTEN LAGI2 WAKTU MAKAN..MAINTAIN 48KG SAMPAI SKRG.TRUST ME!




 
tgk tgn tuuu...

 
PAKAI MCM NI NPK BERISI SKET..WALHAL BERAT MASIH 48KG

 
so apa tunggu lagi??tukarlah cara hidup yangg lebih sihat jommmmm!!!!

INGINKAN KHIDMAT NASIHAT PERCUMA? TAK TAHU NAK KONTROL MAKAN TAPI NAK KURUS?NAK SIHAT? 

HUBUNGI SAYA : ALIA AISYA SAIDI
DI NO                    : 019 - 915 6499 / 017- 972 8498
EMAIL SAYA      : ORENGURLCORNER@GMAIL.COM
VIEW BLOG SAYA  : OREGURLCORNER.BLOGSPOT.COM




Saturday 7 April 2012

PENGUMUMAN!!!.

Sementara rebate belum sampai ke penghabisan..anda masih berpeluang untuk memiliki korset Premium beautiful (PB) sambil menikmati rebate rm225 yang akan di masukkan ke dalam akaun anda pada bulan seterusnya. Pembelian  korset PB ini bukan lah sesuatu yang sia-sia kalau nak dibandingkan pembelian barangan berharga yang lain.Ini kerana pembelian sekali seumur hidup ini dapat mengubah tahap kesihatan anda semua ke tahap yang lebih baik..sape yang tak mahu kann??? Semua jawapan ada pada anda sendiri..Berbalik pada harga yang digeruni segelintir pengintai korset, anda tidak perlu bimbang kerana kami sentiasa menawarkan harga terbaik kepada setiap pengintai yang berminat memiliki korset istimewa ini. Korset ini bukan sahaja dapat mengurangkan sakit tulang belakang atau masalah dalaman yang lain..malah dapat membantu para lelaki untuk mengurangkan buncit diperut yang semakin mengganggu dan menyukarkan ketika pemakaian kemeja atau mana-mana baju.

ANDA MASIH ADA MASA UNTUK BERFIKIR SEBELUM AKHIR BULAN INI !! KERANA REBATE BERNILAI RM225 TIDAK AKAN DISAMBUNG LAGI...DAN AKAN KEMBALI PADA HARGA RM75 UNTUK 1 KORSET..

Tuesday 3 April 2012

saya bangga dengan NUR ALIAS

saya bangga dengan nur alias a.k.a Nur yang bersemangat membuat blog premium beautiful sejurus menjadi ahli, Itupun menunggu hari yang sesuai untuk mengukur size di stokis bagi mendapatkan set premium beautiful yg di idam-idamkan...Walaupun masih tersangkut ketika ingin membuat loan tapi itu semua belum lagi dapat mematahkan semangat kawan kita sorang nih..Tak lama setelah mengisi borang ahli dan berminat join bines PREMIUM BEAUTIFUL, Nur telah berjaya membuat saya kagum kerana berjaya menghasilkan blog yang BER"INFO" walaupun dia bagitahu die x reti sangat psl blog nie..WELL DONE GIRL! OK APE BLOG TU..x secanggih orang lain xpe..x sehebat orang lain x pe..asal blog kite ni penuh berinformasi okey??sape2 yang duk area chendering..area uitmtu..boleh la silau2 kat laman web kawan kite nih...http://nur-new-life.blogspot.com.
 Ok.stop dulu..nurse dah datang..kat kts nie..anak lelah.Semoga bertemu lagi di lain lembaran

Monday 2 April 2012

promosi rebate rm225 semakin ke penghujung kawan2!!!

cepattt!!! sebab rebate offer akan berakhir akhir bln ni BULAN APRIL YE! bagi anda yang berminat nak beli cash or instalment serendah rm200 anda masih berpeluang untuk merebut rebate rm225 yang akandimasukkan ke dalam akaun anda sebulan selepas pembelian korset premium beautiful PB.

Bagi anda yang masih tertanya-tanya..APA ITU KORSET PREMIUM BEAUTIFUL? MACAM MANA FAR INFRA RED BERFUNGSI? anda tidak perlu risau kerana segala pertanyaan anda dan segala kemusykilananda pasal produk ini akan saya cuba leraikan sebaik yang mungkin, insyaAllah...

SAYA BOLEH DIHUBUNGI MELALUI  :

TELEFON : 0199156499 / 0179728498

SMS         : NO YANG SAMA

WHATS APP : NO YANG SAMA

EMAIL : ORENGURLCORNER@GMAIL.COM

FB        : ORENGURLCORNER

Tuesday 24 January 2012

cepatttt promosi da nak habis!!!! cepat sebelum terlambat

PROMOSI SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG!!!!



HARGA BIASA  : RM158
HARGA PROMOSI : RM150



HARGA BIASA : RM26.50
HARGA  PROMOSI  : RM 23.50



CEPAT!!!  SEBELUM  TAWARAN  KEMBALI  KE  HARGA   ASAL




DO CONTACT ME ALIA ( 0199156499)
PAKAT BELI RAMAI PUN OK.. BOLEH JUGA EMAIL SAYA  DI ORENGURLCORNER@GMAIL.COM

Friday 20 January 2012

hmm..

Akhirnya dapat jugak la grab something  berjumpa juga dengan DangMerduWangi Sainy yang agak sibuk akhir2 nie...u r such a good biz partner..really...good to know u..very soft spoken..i looiikkee!!!! bile mcm tu mudah kepala otak ni nak trima hahahha!!!terima kasih la sbb belanja makan kamiyg mmg lapar ms sampai tadi..haha..bila datang sinikite p makan sedap2 plak k? iblanja..kite diskas lagi tp kali ni without baby kot haha!! fokus lepas ni nak p kelas..blom berkesempatan lagi sbb terikat dengan hal lain selain korset nie..tapi kelas modal ilmu danproduktetap akan pergi..waktu dan masa je penentu...hmmk la my baby da nngis nak susu..kne type off dulu...daaa.....di bawah ni antara kenangan bersama biz partner..



Wednesday 18 January 2012

hari ke 9 pakai korset pb

sori..lama x update blog pasal testimonial nie..bz sket ngn anak..suami..ngn bisnes lain..walau masuk pb ni bisnes lain xleh tinggal terus..sesekali kena fokus jugak yg lain...hmm...pasal korset nie..makinhari makin selesa...RASE LAIN KALAU X PAKAI PB DALAM SEHARI..sbb terase postur duduk ..berjalan da lain..tulang belakang pun x sakit lagi...tq so much  jiha..dang..kak wani...


DANGMERDUWANGI  


JIHA N ME


KAK WANI AND ME

sangat berterima kasih kepada mereka kerana x putus2 menyakinkan saya tentang keajaiban korset pb dan for u dang..tq so much sebab sanggup datang umah present kat i..guide i...and jihat..tq so much sbb banyak tlg kak ya jawab soalan yg musykil di hati n luv to be ur biz partner...dan kak dang..tq sbb banyak bg kate2 semangat kat fb..walau x reply ape kadang2 tapi begitu memberi inspirasi dalam diam...korang seme xtau betapa bersyukur dapat knal orang yg sweet simple n nice person ever... 

Sunday 15 January 2012

hari ke 6 pakai korset

huhuhuhu..lewatnye meng"update" blog malam ni...oopppssda pagi lerr..si darwisy ni laa..dari tadi asyik kacau je ibu die nak update info dalam blog nie.hmm.. berbalik pada perasaan harini..wahh!!! rase makin selesa dengan pb nie..rase mcm da x reti nak minum ais..rase cam da x reti makan ape..lps ninak beli bamboo salt cooking powder...sebelum to' puan temah balik..nak kne setel umah yang da macam tongkang pecah nie..hihihi.."mtk tolong bibik kemaskan nanti boleh wan?" hihihi...mlm nie suami masak nasi goreng merah..baikhati je die buat untuk isterinya juga..bile makan " kurang masin eh bang?"kata saya ..die jawab " bkn ke kite nak kurangkan masin dan makan makanan sihat?"hmmm..terkena je..lepas ni nakmakan benda sihat je..sebab anak kita akan IKUT MAKAN  apa yang kite makan..so..kena makan yang berkhasiat je..jauhnye pegi selingan nie..hmm berbalik pasa testi saya hari ni..tahap kegatalan...(bkn saya gatal ye..) da berkurangan...sakit pun da kurang..cuma rase nak makan da kurang..air masak for sure bayak minum..

p/s : pagi tadi sempat promot korset..lacto lite dan mineral coffee kat kawan yang datang bg kad kawen.daripada nak masuk sekejap jadi terlama plak sbb nak dengar explaination.asal2 bile tgk akak die ni makin kurus...kulit muka punmakin cantik..promot sket..minum la XANGO..SESIAPA YANG BERMINAT DENGAN KORSET atau nak free consultation blh hubungi saya di talian 0179728498/0199156499

TAWARAN ISTIMEWA



DENGAN PEMBELIAN FULL SET KORSET PB (CASH /CREDIT CARD SAHAJA )




ANDA LAYAK MENERIMA FREE GIFT



PB WASH


+


2 PEKET LACTO LITE  ( RM12.00)


+

2 peket xango (rm12.00)

+

rebate rm225


berminat???? do contact me 0179728498 / 0199156499 (alia)
nk tau how to genrate income rm3 k a month? book appoinment with mo NOW!

P/S : REBAT HANYA SAMAPAI BLN NI JE...CEPAT!!

Saturday 14 January 2012

Hari ke 5 pakai korset PB

HMMM..ape ye..SAYA SANGAT HEPI LARR!!!!!!!!!!!!!!!!! saya cam x caye lar.waist nipper a.k.a bengkung bkn setakat cangkuk no 2 tapi no 3 last saya bleh pakai arrgghh!!! tapi pakai cangkuk no 2 la arini sebab still macam x caye blh langkah cangkuk 3 terus...terdiam sekejap tadi.x ketat pun..hmmm..miracle!!


Cangkuk yang ke 3 tu yer saya da muat..tapi ni bkn badan saya ye hahaha!! malu sehh nak amik gamba cam gini..hihihihi..hapi nye arini lalalalalala!!!! so...kepada anda semua..kaum hawa sekalian..para isteri...jom berubah kepada lebih baik... book appoiment dengan saya sekarang!! kalau nak tahu lebih lanjut pasal ni pun okey je..book appoinment sekarang !!  ALIA (0179728498) BOOK APPOINMENT  OKEY?sape malu2 email pun okey orengurlcorner@gmail.com

Friday 13 January 2012

Nurich lacto -lite

                                                Ramuan Utama : Kumpulan Lactobacillus, Inulin,Serbuk Epal
                                                 Kandungan       : 6 kg x 25 bungkus /kotak
                                                 Harga                : RM 158.00


APA ITU NURICH LACTO LITE?
Nurich lacto lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan Inulin.


APA ITU INULIN?
inulin merupakan serbuk yang dikisar daripada akar tumbuh-tumbuhan,kaya dengan serat larut dalam air.Ia juga merupakan makanan untuk bakteria berguna dalam saluran usus.SERAT LARUT DALAM AIR dapat membantu 

  •  menyelaraskan kandungan kolestrol serum dan tekanan dalam darah
  • mengurangkan penghasilan bahanbertoksin dalam badan 
  • meringankan beban hati
  • dapat mempercepat pembiakan bakteria berguna dalam sauran usus(kerana bilangan bakteria berguna mempengaruhi keadaan kesihatan manusia)
  • mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya seperti ( bakteria disentri, bakteria taun)
  • dapat meningkatkan daya keimunan badan
  • menyepadukan vitamin B dalam saluran usus
  • mengekalkan operasisistem saraf yang normal dan melicinkan kulit.
Lacto-Lite juga ialah simbiotik yang menggabungkan kedua2  probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria berguna)

APA ITU PROBIOTIK?
Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi yang hidup dalam saluran usus badan manusia.Ia membantu dalam memperbaiki keseimbangan ekologi kumpulan bakteria dalam saluran usus demi meningkatkan taraf kesihatan manusia.

APA ITU PREBIOTIK?
Prebiotik secara umumnya ialah makanan yang tidak boleh dicerna tetapi dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengaktifkan kumpulan bakteria berguna tertentu.Ia juga dapat membantu : 
  • Pertumbuhan probiotik dan meningkatkan keaktifan probiotik
  • menyediakan keadaan saluran usus yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidus

APA BEZA MINUMAN YOGURT DI PASARAN BERBANDING NURICH LACTO LITE?

  1. Mengaplikasikan teknologi canggih untuk melindungi bakteria berguna yang terkandung dalam produk ini ( 5 lapisan perlindungan)supaya bakteria berguna tersebut tidak dapat dihakis oleh asid perut dan garam hempedu sebelum memasuki saluran usus dan menggugat keberkesanannya.
    2.  INULIN  merupakan makanan bagi bakteria berguna kerana ia membantu dalam pembiakan 
         bakteria berguna serta menjaga kesihatan manusia.

SIAPA YANG  PERLU MENGAMBIL LACTO LITE?
  • Sesuai untuk semua golongan masyarakat
  • golongan yang selalu mengalami ketidakselesaan dalam saluran usus
  • pesakit sembelit
  • mereka yang sentiasa menjaga kesihatan
  • golongan yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat
ADAKAH NURICH LACTO LITE MEMPEROLEH KEBENARAN DAN KELULUSAN NEGARA?

Ya.Nurich Lacto Lite telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia unutk dijual secara sah di pasaran.Selain itu Nurich Lacto Lite juga telah diiktiraf  oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe).

KEBERKESANAN
  • Mengurangkan bahan fermentasi beracun dan penghasilan enzim bakteria berbahaya
  • Menyekat patogen dan cirit - birit
  • Menyingkirkan sisa bahan buangan untuk mengurangkan sembelit
  • Meningkatkan daya keimunan badan
  • Menggiatkan sintesis nutrien makanan
  • Merangsang penyerapan nutrisi dalam usus
CARA PENGAMBILAN

Campurkan 1 peket Nurich Lacto Lite ke dalam 200ml  air suam atau air mineral,jus buah-buahan(jgn guna air panas seboleh2 nya.)

Dinasihatkan supaya minum sekurang-kurangnya 800 ml air selepas ambil produk ini untuk kesan yang menggalakkan.


NAK ORDER ? BOLEH TINGGAL PESANAN ATAU CALL DI TALIAN 0179728498  (ALIA)
BOLEH JUGA EMAIL DI ORENGURLCORNER@GMAIL.COM

mineral coffee

Mineral coffee adalah adunan bijian kopi yang telah dicampur dengan GARAM BULUH.Ia 
merupakan sumber magnesium yang menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.kepada 
peminat kopi,keistimewaa mineral kopi ini juga membekalkan bahan untuk KESIHATAN BADAN, 
MENGHILANGKAN KELETIHAN DAN MELEGAKAN TEKANAN dari segi fizikal dan 
mental.


YANG PALING PENTING ! mineral kopi Hai- O ini tidak ditambah gula,tidak mengandungi 
kolestrol dan bahan pengawet.Jadi pilihlah kopi mineral Hai O ini sebagai kopi kegemaran 
anda PLUS menjaga tahap kesihatan anda !! harganya juga tidak lah mahal hanya rm26.50.


kepada yang berminat sila pm ye..
p/s : saya da minum..sedap!!

hari ke 4 pakai korset..my own testimonial

hmm....hmmm...harini saya nak share lagi..masa nak menyusu si Darwisy..laju semacam je die isap susu (die yg sememangnye seorang yg gelojoh kalo hisap susu..penat main2 baru nk isap..kalo x xnak isap lansung kecuali kalo penat n rase nak tido..susu ibu la pencarian die) ok..berbalik pada perbincangan kite..susu saya yg sememangnya slalu bengkak susu..flowing so fast untuk hari yang ke 4.trust me..seriously mmg terkejut sangat dengan KEBERKESANAN Premium Beautiful Corset nie.waalllaaahhh!!!! so apalagi jom la try samadan rasai 
KENIKMATAN memakai korset nie..kalau betul -betul serius anda bole generate income rm4,500 sebulan..kepada sesiapa yang nak jadi biz partner saya pun blh pm dan saya ajar anda bagaimana nak berjaya dalam bidang nie..nakberjaya kena bekerjasama dalam satu team..x bole buat sorang2..dengan pertolongan DDM,SSM,CDM kite,pasti kita tidak akan terkecuali untuk mendapat income yang menarik.tambahan plak seminar dankelas free je tau..nak taulebih lanjut??? u can call or sms at this no : 0179728498 or u may email me at orengurlcorner@gmail.com

Thursday 12 January 2012

hari ke 3 pakai pb corset

Alhamdulillah..keselesaan memakai pb bertambah harini..semakin selesa..semakin semangat..semakin  rase kemas ketika memakai...credit to my biz partner..Dang Merdu Wangi ..Jiha Srikandi...kakwani..auntie Zai...Hari nie sakit saraf da kurang..sakit kepala plak menyerang..pening...hrp tindakbalas ni dapat mengurangkan sakit migrain saya yg kuat ni.insyaAllah..kite hyberusaha dan ikhtiar....rase kurang selesa pd awalnya ..da hilang..rase sgt selesa.....

So kepada sesiapa yg berminat dengan premium beautifulni..boleh la hubungi saya... 0179728498 (alia)
free consultation pun blh..kalsu nak tahu pasal PB nie...

Wednesday 11 January 2012

harini x pakai korset

Harini saya x pakai korset sebab tindak balas "boleh tahan".bkn x larat nak pakai..bab pakai larat saannggaattt..cuma nak basuh x larat sbb takleh nak tepuk2 korset tu..tgn jadi lenguh..lain lah kalau suami ade di rumah..boleh la mtk tolong basuhkan korset tu.hihihi..mlm nie tgn da beransur ok.esok sambung pakai.x saba nak pakai..sebab rs yakin je bile pakai..hahaha!! pen off dulu..lapa lerr...


sekali sekala boleh la makan benda oily nie..tapi xleh selalu..kena jaga pemakanan..yummy..resespi turun temurun dari nenek di kampung...mmg teerrbbaaaeekkk!!!!!!

Tuesday 10 January 2012

hari ke 2 pakai korset

Harini hari ke 2 saya pakai korset pb..saraf saya yg mmg problem sejak dulu..rase lenguh sket..mybe penangan  korset ni kot...tindak balas far infra red (FIR) mungkin. Rs terkejut je bile harini nak kancing korset rase longgar sket dari semalam.Macam  x percaya pun ade..takkan la dalam masa 2 hari blh ade perubahan begitu ketara.yang paling ketara saraf2 yang sakit still rase lenguh..badan2 da naik merah-merah..Bak kate kak wani...merah tu tanda toksin dari badan kite..haaa..byk nye...lagi laa semangat nak pakai nak tgk tanda merah tu lagi..rase gatal2 jangan cakap laa..tapi untuk sihat ku tahan jua...

Emm..cukup la untuk harini..dariwsy da buat perangai..sepahkan umah...So kepada yang berasa ingin tahu pasal korset yang mengagumkan ini..jangan segan silu email saya ni orengurlcorner@gmail.com atau hubungi saya di 017-9728498 okey?x beli pun xpe..just nak share dengan anda yang berminat nak tahu.

Monday 9 January 2012

alhamdulillah..korset da sampai

       Assalamualaikum buat semua pembaca..harini saya sangat gembira sebab korset yang idam-idamkan da sampai..banyak pengalaman yang ditempuh si pengantar sblm sampai ke rumah ni hah.nak anta korset makanmasa 2 hari sebab cari umah x jumpe.Hari ke2 baru kol bgtau smlm da cari tp x jumpe.alahai..nape x kol time x jumpe tu?takpela lupakan je..yang penting da sampai...
          Sekarang saya tgh pakai :))) sebab x sabar nak tau camane rase pakai PB ni. So far selepas pakai, xde la rase seksa sangat..x selesa sikit je pun.Ibarat "bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian".Cuma rase nak kena minum air lebih...rase dahaga. Bagi yang berminat jangan segan2 contact saya ye...


bungkusan je..sebab korset saya tengah pakai..